السلام عليكم…
Hye..sedikit ilmu yg aquh nk share kt entry ary nih..hik3..dua jenis k’cederaan nih sering d’alami oleh p’main bola sepak or maybe include para atlet yg len gak r kowt..first..ACL or Anterior Cruciate Ligament..second..hamstring..
Ligamen Krusiat Anterior atau Anterior Cruciate Ligament (ACL) iaitu salah satu ligamen yang terpenting di dalam sendi lutut.Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.
Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak.
Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya
imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.
Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging).
Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.
Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.
Oleh itu, simptom yang dialami saudari sekarang adalah kesan koyakan ligamen ACL yang menyebabkan sendi lutut menjadi tidak stabil khususnya dalam pergerakan yang melibatkan rotasi atau ‘twisting’.
Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.
Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.
Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan.
Sekiranya saudari tidak berhasrat untuk aktif bersukan semula, kebanyakan pesakit memilih untuk tidak melakukan pembedahan.
Akan tetapi, sekiranya ingin aktif semula dalam sukan, pembedahan rekonstruksi ACL amat disarankan dan bagi jangka masa panjang, pembedahan ini akan menstabilkan semula sendi lutut anda dan proses degenerasi atau kerosakan (penuaan) sendi lutut tidak akan dipercepatkan.
Jangkaan masa untuk kembali bersukan sepenuhnya secara normal adalah hanya enam bulan selepas pembedahan dan hanya selepas tiga bulan untuk membolehkan saudari menjalankan latihan joging.
Jangka masa ini juga bergantung kepada tahap anda melakukan rehabilitasi dan fisioterapi mengikut saranan pakar ortopedik anda.
Haa..da dpat gmbrn ttng k’cederaan ACL ?? skunk kitew samew2 fham2 kn diri tntg k’cederaan hamstring lark erk..
Otot hamstring berfungsi untuk menahan kaki yang memijak tanah ketika seseorang pemain itu sedang memecut dan dalam masa yang sama menganjalkan pergerakan pinggang supaya kaki yang satu lagi dapat maju ke hadapan.
Kecederaan jenis ini selalunya berlaku apabila pemain memaksimumkan penggunaan otot hamstring dan mencapai kepanjangan otot pada tahap yang melebihi daripada batasan kerjanya.
Umur lanjut mampu mempengaruhi kekuatan otot hamstring. Semakin tua pemain, semakin mudah dia mendapat kecederaan hamstring. Dinilai sebagai tahap yang serius, koyakan pada otot hamstring juga boleh berlaku. Ini boleh terjadi kerana daya otot pemain ke suatu arah ditentang oleh daya yang lebih kuat seperti permukaan padang atau daya dari pemain lawan ketika terjahan. Tentangan ini boleh menyebabkan koyakan pada tisu otot.
Seorang atlet gimnastik lebih berisiko rendah untuk mengalami kecederaan jenis ini berbanding pemain bola sepak kerana atlet ini mempunyai daya regangan otot semulajadi yang amat tinggi. Kecederaan ini kadang-kala akan meliputi lebih daripada satu otot hamstring. Jadi, jika satu otot hamstring ini mengalami kecederaan, 2 otot lagi berisiko mengalami kecederaan yang sama.
Pemain yang masih keletihan dan belum mempunyai tahap kecergasan yang jitu berkemungkinan besar untuk mendapat kecederaan hamstring kerana keletihan sering mengundang kepada kesilapan otak untuk menentukan daya otot yang harus diambil kira ketika berlari.
Haa..amacam ?? ad bakat jadi dOctor ta ?? hehe..saje la nk share s’thing yg bOole tmbah ilmu kitew nih kn ?? yela..selagi b’gelar insan d’Bumi tuhan nih..ilmu kitew takan penah cukup wln kitew asew da byk b’gedung2..oky la..setakat nih dulu la yerk ?? pape nanty kite roger2 la..hOohOo..salam from Nilai.














